Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

11 Restoran Asia Terkenal Merealisasikan Promosi “Taste Of Sabah” Di Kota London, UK

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Penglibatan 11 restoran Asia yang terkenal dalam merealisasikan promosi Taste Of Sabah di kota London, United Kingdom (UK) sangat dialu-alukan sebagai satu usaha penjenamaan, pemasaran strategik dan hubungan antarabangsa.

Sebagai menyokong usaha itu, pelancaran program Taste of Sabah di Restoran Jasmin di kota London oleh Menteri di-Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. pagi tadi (12 Mei 2022).

Program Pusat Sehenti Usahawan Global (GLOPEC) dan rakan kongsi strategik antarabangsa telah membuat persiapan untuk majlis menandatangani MOU di Hotel Grand Plaza, London pagi tadi.

Program Taste Of Sabah ini bermatlamat memasarkan pelbagai barangan PKS Sabah dari snek sehingga ke kraftangan menerusi pertemuan B2B (business to business) dengan bakal pengimport dan pembeli dari Eropah terutama UK dan Perancis.

Beberapa pertemuan B2B telah disusun oleh GLOPEC bagi membolehkan usahawan Sabah yang terpilih didedahkan dengan pelbagai maklumat yang boleh membantu mereka meningkatkan penjualan barangan keluaran menerusi imej bertaraf antarabangsa dan citarasa masyarakat setempat.

Pengalaman syarikat RIA PR,  menurut pengarahnya, Datuk Dr Ibrahim Yahaya, yang pernah menjadi wakil rantau bagi tiga pelanggan antarabangsa iaitu Washington State Apple, Carlifornia Raisin dan Carlifornia Cling Peaches di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei pada tahun 80an telah banyak membantu menjayakan matlamat GLOPEC.

“Ini termasuk dari segi pendekatan penjenamaan, pemasaran strategik dan hubungan antarabangsa (international relations),” kata Dr Ibrahim lagi.

Jelajah program dan promosi Taste of Sabah (TOS) sudah bermula di Restoran Melur, Edgware Road, London.

Banyak barangan PKS Sabah dipamerkan di restoran berkenaan malahan ada pelanggan yang hendak membeli barangan yang dipamerkan di situ.

Promosi Taste of Sabah turut dadakan di Restoran Uncle Lim’s Kitchen di Croydon. Turut bersama ketika itu ialah Dr Latif Ahmad dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Promosi turut berlangsung diadakan di Restoran Halia, London. Pembantu Menteri Kewangan Sabah turut meraikan sekumpulan usahawan PKS Sabah yang turut serta dalam rombongan ke kota London.

Kata Datuk Nizam, beliau yakin program yang dilaksanakan oleh Yayasan Sabah (YS) dan TERAJU mampu membawa usahawan PKS Sabah meneroka lebih banyak pasaran antarabangsa.

GLOPEC, agensi di bawah YS pasti dapat membimbing usahawan PKS Sabah dari segi penjenamaan, pembungkusan dan mendapatkan pelbagai sijil bagi membolehkan barangan Sabah memasuki pasaran dunia.

Turut serta di majlis santai itu ialah Pengerusi YS, Datuk Seri Gulamhaidar Yusof Khan Bahadar.

Tidak ketinggalan promosi Taste of Sabah (TOS) di Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London.

Produk PKS Sabah turut dipamerkan di setiap restoran yang mengambil bahagian dalam Taste Of Sabah ini. Restoran juga akan menggunakan pes untuk masakan seperti lauk asam pedas dan kambing perap.

Antara yang menarik, restoran Halia, yang beroperasi April lalu dilihat sebagai berpotensi untuk menjayakan apa sahaja promosi makanan dan produk berasaskan makanan dan minuman dari Malaysia.

Walaupun namanya baharu di London tetapi pengurusnya,  Noor Amy Ismail adalah pengendali berwibawa yang pernah menaikkan nama sebuah restoran di Bayswater.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close