MalaysiaPilihan Editor

Ahli Parlimen Parit Persoalkan Kemampuan Negara Urus Pelarian Rohingya, Kerajaan Kata Terlalu Lama Tanggung

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) bertanya sama ada Malaysia mampu menguruskan isu pelarian Rohingya ?

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, negara sudah menanggung terlalu ramai pelarian Rohingya yang dianggarkan melebihi 200,000 orang di negara ini setakat ini.

Selain itu, katanya, hasil usaha dengan negara penandatangan konvensyen berkaitan pelarian dalam menyelesaikan isu itu pula amat kecil.

“Dalam tempoh 18 tahun iaitu dari 2003 hingga 2021, kita hanya mampu menghantar 8,312 pelarian saja ke negara ketiga, iaitu ke 10 negara.

“Negara terbesar menerima pelarian ini adalah Amerika Syarikat (AS) iaitu lebih 7,000 orang dan terkecil Finland, iaitu seorang saja. Jadi, hasil daripadanya tidaklah begitu membanggakan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu terus bekerjasama dengan negara di seluruh dunia, terutama melalui ASEAN.

“Sidang Kemuncak beberapa hari lalu menunjukkan kerjasama mengenai isu ini tidaklah begitu berjaya, malah ada isu yang lebih besar mengenai Myanmar itu sendiri iaitu kerajaan yang memerintah (negara itu) ketika ini,” kata Kamarudin dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close