MalaysiaPilihan Editor

Dalam Keadaan Normal Baharu, Keberanian Ekonomi Lakukan Sesuatu Luar Biasa Dituntut Hasilkan Impak Golongan Bersasar – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Dalam keadaan normal baharu, keberanian ekonomi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dituntut !

Ini disuarakan secara tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim yang melihat suatu keberanian itu penting dalam menghasilkan impak keberkesanan yang sangat membantu kepada setiap golongan bersasar.

Dalam keadaan normal baharu, keberanian ekonomi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dituntut.

“Saya menyokong sepenuhnya perbahasan Belanjawan 2021 yang diucapkan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk) di Dewan Rakyat semalam (19 November 2020) yang menekankan soal rakyat hendaklah diberi keutamaan terlebih dahulu,” kata Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dalam kenyataan medianya di sini, menegaskan sudah tentu perkara yang dibawa perlu diteliti, diperhalusi dan ditambahnilai kepada kumpulan sasar.

“Setiap sen harus dinikmati semua orang dalam keadaan kesukaran sekarang. Ramai yang susah dan payah, maka kerajaan sekarang perlu jua merasai kesusahan yang dihadapi rakyat.

Saya percaya kerajaan memahaminya dan kita rakyat menaruh harapan dan yakin. Setiap belanjawan itu ada budinya.

Hasil pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu saya yakin perbelanjaan kewangan yang akan diagihkan itu pastinya berbudi kepada rakyat yang memerlukan. Moga Allah swt merahmati kita semua,” ujarnya lagi.

Sebagai contoh, Norliza berkata, kumpulan Perusahaan Kecil dan Sederhana hendaklah dipermudahkan segala bantuan bagi memulihkan perniagaan mereka secara drastik.

“Pihak pemberi atau penyedia seperti agensi kerajaan dan institusi kewangan perlu lebih turun ke bawah secara khusus dan tidak hanya duduk di pejabat sahaja.

“Jangan rakyat diperlecehkan pada waktu susah payah kerana ramai di luar sana terutama M40 yang terjejas teruk.

“Saya sangat setuju dengan syor Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid) yang menyentuh kelompok penyewa premis perniagaan, pengusaha bas sekolah dan bas pelancongan, kesukaran M40 yang hilang pekerjaan dalam pencarian pekerjaan baharu serta  yuran pelajar IPTA dan IPTS yang perlu diberikan perhatian serius,” katanya.

Antara saranan perbahasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid di Dewan Rakyat;

Saranan

1. Bajet 2021 diharapkan oleh semua golongan rakyat untuk turut memperkirakan ‘Post Covid-19 Economic Recovery Plan’. Malah kerajaan wajib melakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu merasai bahawa mereka bukan sekadar diberikan ikan tetapi rakyat mesti turut diberikan kail.

2. Kail inilah yang diharapkan oleh Kumpulan B40 atau M40 tanpa melupakan kumpulan T20 yang turut menyumbang sebagai salah satu pemangkin ekonomi negara. Kumpulan M40 turut ramai terkesan, mungkin sebahagian dari mereka kini berada dalam Kumpulan B40.

3. Malah Kumpulan Industri PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang merupakan 38.9% penyumbang KDNK amat-amat terkesan dan kumpulan ini wajib diberi keprihatinan khusus.

4. Kumpulan yang hilang pekerjaan yang jumlah bertambah setiap hari, malah jumlah pengangguran ketara dan tidak ketara – hendaklah jangan dikesampingkan.

5. Rakyat sengsara kerana ramai – mengalami ‘no food on the table’ dan ‘no money in the pocket’ malah turut kehilangan tempat berteduh.

Cadangan

Lantas dari itu, lihatlah semua kumpulan agar tidak ada kumpulan rakyat yang terpinggir dan berkecil hati. Ini termasuklah:

1. Kumpulan Professional dan teknikal yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa beralih ke bidang yang luar bidang profession dan kemahiran mereka demi kelangsungan hidup berkeluarga.

2. Lihatlah juga doktor-doktor persendirian yang terpaksa klinik-klinik persendirian mereka ditutup. Kumpulan GP Doctors (General Practitioners) ini wajib dibantu dengan mewujudkan skim rangsangan ekonomi yang dapat membantu mereka. Mereka kekurangan dan kehilangan pesakit.

3. Bagaimana pula dengan pengusaha-pengusaha Bas Persiaran, Bas Sekolah, Bas Ekspress dan Bas Kilang yang rata-rata turut terjejas dan menerima tekanan untuk terus melakukan pembayaran bulanan dari syarikat kredit dan leasing, syarikat-syarikat sewa beli yang tidak tertakluk kepada memberi moratorium. Lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pinjaman berlesen turut menekan termasuk peminjam-peminjam kenderaan sewa beli. Syarikat ini tidak tertaklu kepada FSA (Financial Services Act) di bawah Bank Negara. Saya menyokong disegerakan pelaksanaan Akta Kredit Pengguna. Saya amat bersimpati dengan pengusaha Bas Sekolah yang kini tanpa murid dan pelajar ke sekolah. Pengusaha Bas Persiaran yang selama ini menjadi penyumbang dalam Industri Pelancongan. Mereka turut sengsara akibat kemuraman sektor pelancongan – terus membayar sewa beli bulanan di samping tekanan syarikat insurans yang mengenakan premium insurans yang tinggi.

4. Bagaimana pula dengan moratorium kepada penyewa-penyewa premis perniagaan di bawah GLC dan Badan-badan Kerajaan.

5. Begitu juga Rumah PPR – Rumah Murah – Rumah Mampu Milik yang tidak diberikan moratorium. Mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.

6. Bagaimana pula penyewa-penyewa premis perniagaan? Malah GLC yang akan menyewakan premis perniagaan tidak memberi moratorium kepada penyewa-penyewa berkenaan.

7. Sila ambil kepedulian terhadap:
 Peminjam kenderaan persendirian – kereta terpakai (2nd hand cars) – tanpa moratorium.
 Yuran pelajar-pelajar Universiti wajib dikurangkan – sejumlah 1.1 juta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terjejas.
 Belia-belia dan lepasan sekolah yang merupakan penganggur tidak ketara mesti turut diberi kepedulian.

8. Saya merayu agar Institusi Kewangan, Syarikat-syarikat kewangan berlesen agar bersimpati dengan peminjam-peminjam yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan. Yang berlaku ‘delayed earning and reduce the profit’.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close