Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Ekonomi Gaza Perlu Hingga 2092 Untuk Pulih – PBB

Ekonomi Gaza mungkin mengambil masa sehingga bertahun-tahun sehingga akhir abad ini untuk dipulihkan semula kembali kepada keadaan sebelum perang Israel-Palestin berlaku.

Ini hanya anggaran pemulihan jika permusuhan di kawasan Palestin itu dihentikan serta-merta, kata badan perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB dalam laporan yang diterbitkan pada baru-baru ini.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) berkata konflik itu mengakibatkan penguncupan 24 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan penurunan 26.1 peratus pada KDNK per kapita untuk 2023.

UNCTAD berkata, sekiranya operasi ketenteraan ditamatkan dan pembinaan semula dimulakan serta-merta dan jika trend pertumbuhan yang dilihat dari 2007 hingga 2022 berterusan, pada kadar purata tahunan 0.4 peratus, Gaza boleh memulihkan paras KDNK kembali kepada tahap sebelum konflik, pada 2092.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close