Duniaku TeknokratPilihan Editor

“Engkau Universiti Pun Tak Pernah Pijak” – Akhirnya Menjadi Pengasas Bawal Exclusive

Jutawan wanita yang sederhana ini mampu melahirkan ramai jutawan serta menghantar anak belajar di luar negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Saya dan suami dulu tidak belajar tinggi.

“Malahan tidak nampak langsung peluang untuk belajar sampai ke menara gading'” itu kata-kata jutawan wanita ini di dalam posting Instagramnya (IG) baharu-baharu ini.

Siapa gerangannya ?

Jom mari kita terus membaca al kisahnya yang bukan mahu membanggakan diri, tetapi kalau-kalau boleh dijadikan sumber inspirasi.

Nah,  sangat motivasi kedengarannya itu !

Dimulanya cerita, kata jutawan itu, awal niaga dulu berjiran dengan satu keluarga yang anak-anaknya sedang menuntut di universiti.

“Dari dulu saya memang suka berangan.

“Orang kata tak salah nak berangan.

“Sebab dengan berangan itulah yang membantu kita supaya boleh lebih berusaha.

“Kalau nak saya ceritakan impian saya masa itu ialah satu hari nanti saya mesti ada butik tudung yang mewah, mesti ada jenama tudung sendiri,’ katanya dalam posting IG-nya itu.

Ketika itu wanita sederhana berkenaan menjadikan idola orang Cina berniaga, malahan turut diimpikan akan ada gedung perniagaan sendiri, malahan perniagaan jenama sendiri.

Apa jiran saya cakap;  “Jangan beranganlah Liza.

“Engkau universiti pun tak pernah pijak.

“Hidup pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang.

“Mana mungkin akan terlaksana.” kata jiran itu.

Pada masa itu, terdetik di hatinya macam benar kata-kata jiran itu bahawa dia hanyalah seorang peniaga pasar malam sahaja.

Tersentap dan memberi cabaran akan peristiwa itu, sebenarnya sindiran dan pandangan rendah begini sudah biasa bagi beliau sejak dari awal memulakan perniagaan sejak dulu lagi.

Sebenarnya dari sindiran dan hinaan itulah menjadikan semangat berkobar di hati,

“Akan aku buktikan yang aku boleh berjaya satu hari nanti.”

Moral of the storytak boleh hendak tutup mulut orang untuk berkata-kata. Cuma boleh ambil jadikan semangat untuk terus berusaha dan buktikan pada mereka sahaja.

“Saya pahatkan dalam hati –

“Tak apalah aku tak belajar tinggi, tapi anak-anak semua akan aku pastikan belajar sampai oversea, biarlah orang kata founder tudung kampung tapi sudah terbukti melahirkan ramai jutawan.”

“Hari ini Allah sudah makbulkan satu lagi cita-citaku.

“Sebenarnya kisah saya ni, saya pernah post dan viral di media sosial dengan tajuk ‘Kisah founder tak masuk U, hanya layak menjadi peniaga pasar malam sampai bila-bila.’

“Founder kampung tidak akan pergi jauh”

Kisah penuh motivasi, teladan ini adalah pengalaman yang sungguh bermakna kepada pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dan suaminya, Rosli Awang.

Pasangan yang bersederhana walaupun bergelar usahawan bertaraf jutawan, namun sikap yang sentiasa rendah diri telah melahirkan kesyukuran dengan apa yang dilimpahi kerana kehidupan masa kini 100 peratus berubah.

“Bertambah satu rezeki, Allah SWT bagi rezeki lagi yang tidak disangka-sangka.

“Saya tidak pernah bermimpi akan sampai ke tahap ini. Allahu saya memang tidak boleh nak cerita.

“Laju saja air mata ni keluar,” kata Haliza dalam postingnya di IG.

Lalu berdoa, “Ya Allah balaskan segala jasa baik dan sokongan pelanggan-pelanggan saya dengan rahmat dan kekayaanMu,” begituah ingatan jutawan yang lemah lembut dan rendah diri. – BACALAHMALAYSIA.MY/PIC KREDIT IG HALIZA MAYSURI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close