Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Erdogan Buat Lawatan Mengejut Ke Hagia Sophia

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia semalam, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan masjid.

Dalam lawatan yang dianggap sebagai pemeriksaan, Erdogan melihat kerja-kerja pengubahsuaian, kata pejabat presiden.

Diyanet iaitu pihak berkuasa agama di negara itu berkata, ikon Kristian sepatutnya dipisahkan melalui cara yang sesuai dalam bangunan berkenaan.

“Sasaran kami ialah mengelakkan lukisan yang menggunakan teknik fresko dirosakkan,” kata jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin dalam satu temuramah televisyen, semalam.

Masih tidak jelas sama ada Presiden Turki itu adalah antara kira-kira 500 penganut Islam yang akan bersolat Jumaat.

Sebelum ini, Mahkamah Tertinggi Turki membuka jalan kepada kerja-kerja pengubahsuaian itu dalam satu keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia yang berkuat kuasa hampir seabad lalu.

Bangunan abad keenam Masihi itu dibuka kepada orang ramai tanpa mengira kepercayaan sejak ia menjadi muzium pada tahun 1935. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close