Minat menanam sayur dilakukan kanak-kanak, Muhammad Afiq Aryan Rosman, 6, agak jarang dipraktikkan golongan seusianya dalam usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga.
Anak sulung daripada dua beradik mula menanam sayur sejak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sayur kangkung yang ditanam bukan sahaja dinikmati oleh keluarga, malah sebahagiannya disedekahkan kepada jiran.
“Kalau ayah sibuk bekerja saya sendiri yang tanam sayur. Kangkung mudah ditanam dan dijaga. Tumpuan menanam sayur dan membaja dilakukan selepas tamat kelas PdPR.
Menurutnya, sayur yang ditanam hidup segar dan menghijau membuatkan dirinya terus teruja untuk terus menanam.
“Benih dibeli di nuseri berdekatan dan tanaman ini pula mudah membiak.
“Ada sikit ruangan tanah digunakan sebaiknya dan membuatkan saya juga gembira dapat penuhi masa lapang dengan melakukan kerja ini,” katanya.
Dia bercadang menanam jenis sayuran lain, pada masa depan bagi mengisi ruang tanah yang ada di sekitar rumah, selain dapat dapat memanfaatkan masa terluang dengan cara berfaedah. – BH ONLINE