GovernansPilihan Editor

Lebih 1,700 Projek Baharu Tahun Depan

 Sebanyak 7,615 projek pembangunan akan dilaksanakan tahun depan menerusi Bajet 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini termasuk 1,724 projek baharu dan 5,891 projek sambungan.

Katanya, projek pembangunan berkenaan, termasuk dalam perbelanjaan pembangunan berjumlah RM95 bilion.

“Saya dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali akan mempengerusikan mesyuarat pemudah cara bagi pelaksanaan projek pembangunan ini dengan semua kementerian untuk memastikan mereka bersedia dengan pelan pelaksanaan masing-masing,” katanya.

Mustapa berkata, perbelanjaan pembangunan itu menunjukkan kerajaan serius menaik taraf kehidupan rakyat, termasuk menghapuskan miskin tegar menjelang 2025.

“Peruntukan turut diberikan lima kali ganda kepada golongan miskin tegar menerusi dana daripada RM150 juta untuk 10,000 isi rumah kepada RM700 juta untuk 50,000 isi rumah,” katanya.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, sehingga 3 September seramai 129,395 miskin tegar direkodkan membabitkan lima negeri yang tertinggi miskin tegar di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Semua peruntukan ini bagi mendokong Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mencapai objektif keluarga Malaysia makmur, inklusif dan mampan,” katanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close