Kedai RuncitPilihan Editor

Letak Harga Durian Lebih Murah, 20 Tan Sehari Berjaya Dijual

Taktik seorang pemuda menjual raja buah dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga lain membuahkan hasil apabila duriannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu menjual lebih 20 tan sehari.

Lebih 10 jenis durian yang dijual Muhammad Shafian Amran, 32, sejak Jun lalu termasuk Musang King dan Black Thorn, namun kebanyakan orang ramai menyerbu ke kedainya adalah untuk mendapatkan durian kampung.

Harga durian kampung yang dijual adalah hanya RM6.80 berbanding peniaga lain yang mencecah RM10 bagi sekilogram.

Muhammad Shafian, berkata pendekatannya yang memilih menjual durian dengan harga yang murah bagi membolehkan semua orang mampu dan merasa untuk makan raja buah berkenaan.

“Dengan meletakkan harga yang lebih murah, insya-Allah mereka yang kurang berkemampuan juga mampu membeli dan menikmati buah durian ini.

Jelasnya, dia mula menjual durian sejak tahun lalu dan sekadar mahu mencuba memandangkan sebelum ini menjual ikan dan percubaannya ternyata membuahkan hasil.

“Sehingga kini, saya masih menjual ikan dan hanya berhenti seketika sebaik memasuki musim durian. Sebagai contoh tahun ini saya mula menjual durian sejak Jun dan dijangka berakhir pada Oktober, bergantung kepada bekalan.

“Bekalan durian diperoleh dari Perak dan Pahang dengan jualan sehari sebanyak 12 tan sehingga 20 tan,” katanya.  – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close