Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Madinah Antara Bandar Paling Sihat Di Dunia

Bandar Madinah, Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas kunjungan pasukan WHO berkunjung yang menjelaskan, ia memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat.

Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.

Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.

Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.

WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.

Jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, yang mengurus 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.

Kriteriannya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program ‘Bandar Humanising’.

Berdasarkan WHO, ‘kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka’. – AGENSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close