MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: BN Menang Besar, Kembali Teraju Kerajaan Negeri

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Cemerlang ! Unggul ! Menang Besar ! Luar Jangkaan !

Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka malam tadi (20 November 2021), sekali gus menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri.

Keputusan PRN itu menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Calon-calon dari Parti  Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) yang bertanding lima kerusi, Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) yang tampil buat pertama kali dengan bertanding satu kerusi serta 22 calon Bebas tidak memenangi sebarang kerusi.

Kali terakhir BN memperoleh majoriti dua pertiga di Melaka ialah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 apabila memenangi 23 kerusi.

Keempat-empat Ahli Dewan Undangan Negeri, yang menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri, juga gagal memenangi kerusi yang ditandingi mereka. — BACALAHMALAYSIA/BH ONLINE/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close