MISC Bhd akan membeli enam pengangkut etana besar baharu 98,000 meter padu bernilai US$726 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MISC berkata bagi urus niaga itu, ia telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama-sama enam anak syarikat milik penuh tidak langsung Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd.
Selain itu, MISC menerusi entiti pemilikan kapal Portovenere and Lerici (Singapore) Pte Ltd (PLS), menandatangani Time Charter Parties (TCP) dengan Zhejiang Satellite Petrochemical Co Ltd (STL) bagi pajakan enam kapal untuk operasi di perairan antarabangsa.
“Sewaan kepada kapal itu dijangka bermula pada suku keempat 2020. Samsung Heavy Industries Co Ltd dan Hyundai Heavy Industries Co Ltd yang kedua-duanya syarikat perkapalan di Korea, masing-masing membina tiga kapal,” katanya.–BERNAMA