GovernansMalaysiaPilihan Editor

Negara Akan Harungi Gelora Ekonomi Melalui Daya Usaha Baharu Naungan Sultan Ibrahim – PM

Di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, negara akan mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah tegas seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI sudah mencetus unjuran kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada 5.8 peratus bagi suku kedua tahun ini.

“Momentum segar ini diperkukuh dengan angka nilai perdagangan bernilai RM1.396 trilion.

“Sementara nilai pelaburan baharu yang diluluskan adalah sebanyak RM83.7 bilion untuk suku pertama tahun ini, yakni 13 peratus lebih tinggi berbanding RM74.1 bilion pada tahun lalu,” kata Anwar semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini.

Menurut laman web DOSM, pengumuman rasmi KDNK Suku Kedua 2024 akan diadakan pada 16 Ogos ini. –BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close