GovernansMalaysiaPilihan Editor

NTW 2023 Berkonsepkan “Learn-Share-Earn”, Sekaligus Malaysia Terarah Pekerja Modal Insan Serba-Serbi

Minggu kesedaran latihan besar-besaran secara percuma semakin menggalakkan

Oleh N.Intan Rafeena

“National Training Week (NTW) 2023 yang merupakan minggu kesedaran latihan besar-besaran dengan penganjuran pelbagai kursus dan aktiviti latihan secara percuma semakin menggalakkan yang sehingga ini (26 Mei 2023) menarik minat lebih 70,000 penyertaan dari seluruh negara.

Usaha inovasi yang berani lagi kompeten diterajui Kementerian Sumber Manusia dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) secara holistik ini telah membuka mata masyarakat Malaysia betapa pentingkan pembangunan kemahiran dan pengetahuan yang sentiasa “up to date”.

Proses pembelajaran secara bersemuka, dalam talian, atau pembelajaran hibrid dan merangkumi pelbagai kemahiran insaniah dan teknikal dalam latihan, pemantapan, kemudahan, dan pembelajaran bukan sahaja terbuka kepada mereka yang mempunyai pekerjaan semata-mata tetapi memberi peluang yang lebih besar kepada golongan penganggur dan mereka yang tidak berpeluang ditawarkan sebarang bentuk latihan atau kursus.

Apatah lagi matlamat unggul Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood yang berpandangan sudah tiba masanya penyediaan latihan berkualiti, peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran terutama berkait dengan kecerdasan buatan (AI), data raya, dunia digital dan Revolusi Industri (IR4.0) hendaklah berasaskan “Learn-Share-Earn”.

Inilah bayangan masa depan dunia pekerjaan yang semakin mencabar di mana HRD Corp mengambil langkah inovasi bagi memastikan modal insan di negara ini dapat dicipta sebagai generasi berpendapatan yang sentiasa relevan dengan bakat dan ilmu yang diperolehi.

“Saya hendak memastikan HRD Corp yang telah dijenamakan ini memberi satu platform dan mereka-cipta latihan yang benar-benar memberi manfaat pelbagai pekerjaan yang membawa keuntungan kepada tenaga pekerja itu sendiri,” kata Shahul di sini.

Menjelang 28 Mei 2023 (Ahad ini), adalah dijangkakan 10,000 kursus secara percuma melibatkan 125,000 peserta yang akan dibimbing 5,000 tenaga pengajar.

Peserta dijangka dapat menyelesaikan lebih daripada 500,000 jam latihan secara kolektif dan penyedia latihan dapat menyampaikan nilai latihan lebih daripada RM250 juta secara percuma.

Tinjauan NTW 2023 di Melaka, rakan kolaborasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan PERKESO telah diadakan dan dirasmikan oleh Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka serta Rony Ambrose Gobilee, Ketua Pegawai Strategi HRD Corp.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Forum Keusahawanan Teknikal Wanita, pameran kerjaya dan Bengkel Kebolehpasaran Graduan.

Manakala di Pahang, majlis pelancaran NTW 2023 disempurnakan oleh Sim Chon Siang, EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, bersama Soffian Mohammed Amin, Ketua Pegawai Program HRD Corp di Kuantan.

Pusat Latihan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Tapah telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan kursus sepanjang NTW 2023. Antaranya adalah Kursus Asas Mekap, Kursus Gubahan Hadiah menggunakan bunga segar dan buah-buahan, Kursus Asas Microsoft Office dan Kursus Asas Pembuatan Roti.

Ramai penduduk Tapah dan sekitarnya termasuk masyarakat Orang Asli telah mengambil bahagian dalam kursus yang ditawarkan sepanjang minggu NTW 2023.

NTW 2023 adalah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang mengumpulkan organisasi serta individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk latihan dan pembangunan. Ayuh rakyat Malaysia sila melayari menerusi www.nationaltrainingweek.gov.my. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close