MalaysiaPilihan Editor

On tak On ? Jijoe Mungkin Tak Jadi Bersara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

On tak on ?

Jadi ke tidak ?

Itulah yang bermain di benak Jijoe…

Soalan wartawan agak bertalu-talu ingin kepastian, tetapi ketenangan Jijoe walaupun dalam keadaan sebak dan cuba mententeramkan jiwa sewaktu berbicara, terkelu beberapa seketika.

Itulah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau nama panggilan Jijoe bersedia untuk mempertimbangkan semula keputusan persaraannya namun meminta sedikit masa bagi berbincang dengan ahli keluarganya.

Azizulhasni sudah melalui pelbagai liku dalam kariernya untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik dengan terbaharu terlepas genggaman berkenaan selepas dibatalkan penyertaan dalam acara keirin Paris 2024 kerana memotong derby terlalu awal.

Ia nyata menjadi satu pengakhiran yang tidak dimahukan semua peminat sukan tanah air termasuk tuan badan sendiri yang nyata masih belum dapat menghadamkan sepenuhnya insiden berkenaan.

Pelumba berusia 36 tahun itu nyata tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya ketika sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, namun meminta semua pihak memberikan ruang untuk berbincang bersama keluarganya terlebih dahulu.

“Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika sidang media sekembalinya dari sukan Olimpik 2024 Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Turut kelihatan Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika sidang media sekembalinya dari sukan Olimpik 2024 Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Turut kelihatan Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri. – NSTP/Mohd Fadli Hamzah

“Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua… apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik,” katanya.

Dengan bayangan baharu ini, ia seakan memberi gambaran betapa Azizulhasni mahu meneruskan langkahnya berkemungkinan sehingga Olimpik Los Angeles 2028.

“Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028.

“Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.

“Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalu Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.

“Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.

“Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai… tapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik… Olimpik terakhir.

“Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri saya, anak saya… hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close