Oleh Amri Sham
Industri halal telah muncul sebagai satu kuasa global, didorong oleh peningkatan populasi penganut Islam serta kesedaran tentang produk yang disahkan halal.
Menurut unjuran, industri ini dijangka akan melonjak kepada USD 9.71 trilion menjelang tahun 2025.
Di Malaysia, industri halal memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu 7.8% pada tahun 2018, dan dijangka akan naik kepada 11% menjelang tahun 2030.
Bagi foodpanda Malaysia, ini merupakan peluang yang sangat menarik. Sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-12, industri halal Malaysia telah dikenal pasti sebagai sektor strategik oleh kerajaan. Industri ini dijangka menyumbang 8.1 peratus kepada KDNK serta menjana hasil eksport negara sebanyak RM 56 bilion menjelang tahun 2030.
Dengan pasaran halal global dijangka berkembang sehingga RM22.34 trilion menjelang tahun 2030, Malaysia berada di kedudukan kukuh untuk memanfaatkan pertumbuhan ini.
Trend ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Malaysia tetapi juga pelancong Muslim yang mencari makanan tempatan yang halal.
Kepentingan Pasaran Halal bagi foodpanda Malaysia
Kami melancarkan ‘bekal by foodpanda’ untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal.
Apabila kami melihat permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan halal di kalangan pengguna, ‘bekal by foodpanda’ dicipta sebagai platform khusus menawarkan hidangan yang disahkan halal kepada orang ramai.
Inisiatif ini secara langsung mengatasi kebimbangan tentang kesahihan status halal dalam penghantaran makanan, serta menjamin integriti makanan yang dipesan pelanggan.
Rata-rata pengguna yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sering meluahkan kebimbangan mengenai status halal makanan yang dipesan.
Melalui ‘bekal by foodpanda’, kami menangani kebimbangan ini dengan memastikan semua makanan yang kami hantar disahkan halal dengan menggunakan beg penghantaran yang disahkan halal. Ini semua dilaksanakan bagi memberi ketenangan fikiran kepada pengguna.
Pada akhir tahun 2022, perkhidmatan penghantaran makanan kami telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pensijilan ini mengesahkan komitmen kami untuk menghantar makanan yang disahkan halal, dan menjadikan kami satu-satunya perkhidmatan penghantaran makanan yang disahkan halal di Malaysia, sekaligus mengukuhkan keyakinan pelanggan.
Memahami Kepentingan Konsep Halal dalam Perniagaan
Halal melambangkan pematuhan kepada prinsip dan piawaian etika Islam yang melangkaui penyediaan makanan. Bagi kami, pengendalian ‘bekal by foodpanda’ sebagai platform penghantaran yang disahkan halal merangkumi beberapa aspek penting.
Pertama sekali, kami mengutamakan proses pensijilan yang ketat melalui kerjasama eksklusif dengan vendor-vendor yang telah disahkan halal.
Kami memastikan vendor-vendor kami memenuhi syarat halal yang ketat melalui kerjasama rapat dengan JAKIM. Pensijilan ini bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelanggan tetapi juga menjamin kesahihan dan ketulenan makanan yang mereka memesan.
Menjaga ketelusan dalam rantaian bekalan, dari pemilihan bahan mentah sehingga penghantaran, adalah penting untuk memastikan ianya selaras dengan panduan halal.
Komitmen ini turut diperluas kepada komuniti rakan penghantaran kami, yang menjalani latihan khusus tentang pengendalian pesanan yang disahkan halal.
Selain itu, kami juga giat terlibat dengan komuniti halal tempatan melalui penyertaan acara, kerjasama dengan organisasi-organisasi halal, serta pengumpulan maklum balas untuk menambah baik perkhidmatan kami.
Dalam pasaran dinamik di mana keyakinan pengguna, tanggungjawab sosial dan perkembangan pasaran adalah penting, ‘bekal by foodpanda’ muncul sebagai platform perintis yang merapatkan jurang antara pilihan pengguna dengan inovasi perniagaan.
Memupuk Kerjasama dengan Rakan Penghantaran dan Vendor
Dalam operasi kami, kami menitikberatkan komitmen untuk memperkasakan komuniti rakan penghantaran dan vendor kami.
Dengan memupuk persekitaran yang mementingkan amanah, tanggungjawab dan kecemerlangan, kami membuka jalan untuk pertumbuhan dan kejayaan bersama seperti yang dinyatakan berikut:
- Kepercayaan Pelanggan:
Asas kejayaan ‘bekal by foodpanda’ terletak pada pensijilan halal yang mengukuhkan lagi keyakinan pengguna. Kajian terkini menonjolkan permintaan pengguna umat Islam terhadap perkhidmatan penghantaran makanan yang disahkan halal, dan hal ini mengesahkan keserasian strategik kami dengan keperluan dan pilihan pengguna yang sering berubah.
- Pengembangan pasaran:
Dengan memenuhi perkembangan segmen pelanggan yang mementingkan perihal halal, kami dapat memperluas jangkauan pasaran kami secara strategik.
Pendekatan proaktif ini bukan sahaja mengembangkan lagi asas pelanggan kami tetapi juga mengukuhkan kesetiaan jenama, seterusnya menjadikan bekal by foodpanda sebagai peneraju dalam landskap penghantaran makanan yang kompetitif.
- Tanggungjawab Sosial:
Baru-baru ini, foodpanda Malaysia telah bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia dan Viu untuk melancarkan program pengedaran bakul makanan di seluruh negara bersama NGO tempatan, MyFundAction.
Lebih daripada 10,000 bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga yang memerlukannya di seluruh negara. Inisiatif ini mencerminkan komitmen lebih luas kami terhadap tanggungjawab sosial korporat. Dengan tumpuan fokus untuk memartabatkan komuniti, inisiatif kami mempamerkan falsafah jenama kami yang berpaksikan impak sosial dan pemerkasaan komuniti.
- Meningkatkan Standard:
DHE Logistics Malaysia Sdn. Bhd., yang merupakan pengupaya di sebalik ‘bekal by foodpanda’ telah menetapkan piawaian industri sebagai satu-satunya syarikat penghantaran makanan Malaysia yang diiktiraf halal oleh JAKIM.
Inisiatif ini diakreditasi oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mewakili kecemerlangan dalam logistik serta perkhidmatan penghantaran halal.
- Merealisasikan Potensi Pertumbuhan:
Sejak penubuhannya, ‘bekal by foodpanda’ telah menyaksikan pertumbuhan eksponen yang menyerlahkan keserasiannya dengan pasaran serta daya tarikannya kepada pengguna.
Trajektori perniagaan bersama kadar pertumbuhan yang stabil membuktikan posisi strategik dan komitmen teguh kami terhadap kepuasan pelanggan.
Memperkasakan Pertumbuhan dan Kejayaan Bersama dengan ‘bekal by foodpanda’
Penerapan amalan halal bukan sekadar satu strategi perniagaan, ia adalah bukti keterangkuman dan sensitiviti budaya.
Dengan memanfaatkan perkembangan pasaran halal, perniagaan-perniagaan dapat membuka peluang yang luas, memenuhi keperluan pengguna yang beragama Islam, dan pengguna yang mementingkan kesihatan dan amalan beretika.
Statistik pasaran mendedahkan potensi pertumbuhan industri halal yang besar, menjadikannya saluran yang menguntungkan untuk pengembangan perniagaan dan pendapatan.
Tatkala mengorak perjalanan ini bersama komuniti vendor dan rakan penghantar, kami turut menyaksikan kisah-kisah kejayaan hebat mereka yang terhasil daripada kerjasama bersama ‘bekal by foodpanda’.
Sungguh mengagumkan untuk menyaksikan pertumbuhan jualan makanan yang disahkan halal dalam kalangan vendor kami. Pelaksanaan inisiatif halal kami menunjukkan impak yang jelas, daripada perkembangan asas pelanggan sehingga peningkatan keterlihatan jenama.
Ia telah memberi banyak manfaat kepada rakan penghantaran kami yang berkhidmat secara eksklusif dari restoran-restoran disahkan halal.
Mereka juga menghargai fleksibiliti dan pendapatan kompetitif yang disediakan dalam ekonomi gig. Secara kolektifnya, pengalaman ini menonjolkan intipati ‘bekal by foodpanda’ — satu perjalanan pertumbuhan, pencapaian dan kejayaan bersama.
Kisah-kisah kejayaan sedemikian serta impak positif yang tercetus bukan sahaja bukti komitmen kami tetapi juga sumbangan penting kepada aspirasi dan sasaran industri halal Malaysia.
Sebagai syarikat penghantaran halal yang pertama dan satu-satunya di dunia, ‘bekal by foodpanda’ berada di kedudukan yang unik untuk memimpin dan menyokong rakan-rakan kongsi industri untuk melangkah ke hadapan.
Merintis dan Memacu Industri Halal Malaysia ke Hadapan
Kami amat menggalakkan perniagaan lain, khususnya pemilik restoran dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memperoleh pensijilan halal dan menyertai ‘bekal by foodpanda’.
Dengan lebih banyak PKS yang memperoleh pensijilan halal, kami berharap untuk memacu perkembangan industri halal di Malaysia, serta memanfaatkan peluang pertumbuhan global yang ditawarkannya.
Kesimpulannya, kisah-kisah kejayaan tentang ‘bekal by foodpanda’ menyerlahkan impak transformatifnya terhadap komuniti vendor, rakan penghantaran, dan landskap perniagaan yang lebih luas.
Sebagai simbol inovasi dan keterangkuman, ia mempamerkan potensi platform halal ini dalam memacu perubahan positif dan memupuk pemerkasaan ekonomi.
Para peniaga digalakkan untuk mengambil iktibar daripada inisiatif halal tersebut, dan menjadi ianya sebuah model peranan untuk mengangkat kepelbagaian dan sensitiviti budaya.
Sementara ‘bekal by foodpanda’ terus berkembang maju, kami ingin memberi inspirasi kepada lebih banyak PKS untuk berkembang bersama kami, merealisasikan peluang baharu, dan mentakrifkan masa depan perdagangan. – BACALAHMALAYSIA.MY
- Penulis adalah Ketua Hal Ehwal Awam foodpanda Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal, DHE Logistics Malaysia Sdn Bhd (DHEL)