MalaysiaPilihan Editor

PARALIMPIK TOKYO 2020: Terbang Emas – Latif Pertahan Emas Lompat Jauh

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Terbang emas…….!

Tahniah, anda terlalu unggul !

Anda – atlit luar biasa dan juara Olimpik !

Itulah jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga sekali gus menepati sasaran ditetapkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Tampil sebagai juara bertahan, Latif yang berusia 24 tahun berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya lima tahun di Paralimpik Rio 2016 apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

 

Ahli keluarga atlet lompat tinggi paralimpik negara, Abdul Latif Romly yang diketuai bapanya Romly Mat (berkemeja T biru) dan ibunya, Salmah Yatim (bertudung merah jambu) tekun menyaksikan aksi lompatan Latif Romly di rumah mereka di Taman Emas, Beseri Padang Besar dalam acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. - Foto Aizat Sharif
Ahli keluarga atlet lompat tinggi paralimpik negara, Abdul Latif Romly yang diketuai bapanya Romly Mat (berkemeja T biru) dan ibunya, Salmah Yatim (bertudung merah jambu) tekun menyaksikan aksi lompatan Latif Romly di rumah mereka di Taman Emas, Beseri Padang Besar dalam acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. – Foto Aizat Sharif

Bagaimanapun, catatan itu masih jauh ketinggalan berbanding rekod dunia yang dimilikinya 7.64m ketika Sukan Para Asia di Indonesia pada tahun 2018.

Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly mengalami kecederaan pada bahagian kakinya semasa acara lompat jauh T20 temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik hari ini. - Foto BERNAMA
Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly mengalami kecederaan pada bahagian kakinya semasa acara lompat jauh T20 temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik hari ini. – Foto BERNAMA

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m manakala Nicholas Hum meraih gangsa dengan 7.12m.

Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH/BERNAMA/MSN

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close