Pengerusi Kumpulan Low Yat, Tan Sri Low Yow Chuan meninggal dunia pada usia 88 tahun pada 8 Mei 2021 lalu.
Menurut laporan berita, seorang daripada anggota keluarganya dipetik sebagai berkata pengebumian Low akan diadakan pada Rabu ini, 12 Mei 2021.
Kumpulan Low Yat adalah salah satu daripada kumpulan milik persendirian terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai perniagaan termasuk pembangunan hartanah dan runcit.
“Diketuai pengerusinya, Tan Sri Low Yow Chuan sejak 1971, kumpulan ini telah melebarkan sayapnya daripada sebuah syarikat pembinaan bermula pada 1940,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Low Yat, Low telah mengembangkan portfolio projek dan perniagaan kumpulan itu.
“Di bawah bimbingan dan kepimpinannya, portfolio projek besar dalam kumpulan ini dipertingkatkan.