Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut.
Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan, berkata pengiktirafan sebagai Majikan Terbaik Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut itu adalah sokongan yang kukuh terhadap persekitaran kerja berkualiti tinggi di PMM.
“Kami terus berusaha untuk kecemerlangan dalam memastikan PMI adalah tempat kerja yang bagus dan sentiasa mencabar diri untuk menyediakan persekitaran kerja dan pengalaman unik kepada kakitangan.
Pensijilan Majikan Terbaik adalah hasil penilaian bebas oleh Top Employers Institute, yang mengiktiraf syarikat induk PMM, iaitu PMI sebagai Majikan Terbaik Global untuk tahun keenam berturut-turut.
Naeem berkata, syarikat komited untuk mencipta masa depan bebas asap rokok dengan sentiasa berinovasi dan mendorong sempadan baharu dalam membangunkan rangkaian produk bebas asap rokok untuk perokok dewasa yang sebaliknya akan meneruskan merokok.
Beliau berkata, ia mendorong tenaga dan semangat pekerja untuk menyampaikan dan mencipta perubahan yang positif untuk berjuta-juta perokok dewasa di negara ini.
Syarikat induk PMM, PMI juga adalah salah satu daripada 11 organisasi antarabangsa dianugerahkan pensijilan Majikan Terbaik Global tahun ini.
PMI menggaji lebih 73,500 orang di seluruh dunia. – BH ONLINE