![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/PRN_JOHOR_LOGO_1644233562.jpg)
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan, biarpun Malaysia kini berada dalam gelombang Omicron, dengan bilangan kes positif menunjukkan lonjakan.
“Saya dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah muktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) dan syor itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan yang teruk seperti Delta dan semua data menunjukkan kesannya tidak seteruk Delta, maka PRN boleh diteruskan tetapi dengan SOP yang akan diumumkan kelak, yang dimuktamadkan drafnya, pagi tadi,” katanya pada sidang media di KKM, hari ini.
Khairy berkata, KKM ketika ini memantau peningkatan kes di Johor dan Sabah.
PRN Johor dijangka diadakan tidak lama lagi selepas Dewan Negeri Johor (DUN) negeri itu dibubarkan pada 22 Januari lalu.
Ia bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu berikutan kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang. – BH ONLINE