Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Calon Perikatan Nasional (PN) adalah yang terbaik dan diterima baik oleh rakyat enam negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Calon PN adalah calon rakyat dan berjuang demi rakyat.
Sehubungan itu, PN akan mengumumkan senarai calon PRN secara berasingan mengikut negeri masing-masing pada hari ini Rabu dan esok (Khamis).
Pengarah Komunikasi dan Multimedianya Razali Idris berkata senarai calon bagi DUN Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dijadual berlangsung esok malam (hari ini Rabu).
Sementara itu, pengumuman calon bagi DUN Kelantan dan Terengganu akan dilakukan pada Khamis masing-masing di dataran Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu dan Masjid Rusila.
Bagi DUN Negeri Sembilan, katanya, masa dan lokasi masih belum ditetapkan oleh pucuk pimpinan.
“Calon di setiap negeri akan diumumkan oleh kepimpinan PN negeri masing-masing,” katanya. – FMT/BACALAHMALAYSIA.MY