Indonesia dan China bersetuju lebihan bajet berjumlah AS$1.2 bilion bagi projek kereta api berkelajuan tinggi pertama di negara Asia Tenggara itu, kata seorang pegawai kerajaan Indonesia di Parlimen hari ini.
Projek itu sebelum ini dianggarkan AS$2 bilion terlebih bajet, menjadikan kos keseluruhannya kepada 113 trilion rupiah (AS$7.36 bilion), menurut konsortium syarikat Indonesia dan China yang membina projek itu, dikenali sebagai PT KCIC.
“Kami bersetuju dengan angka lebihan kos sebanyak AS$1.2 bilion. Terdapat beberapa perkara yang masih disemak semula berkaitan cukai, bayaran penjelasan kekerapan, namun kami mempersetujui jumlahnya,” kata Timbalan Menteri Perusahaan Negara, Kartika Wirjoatmodjo.
Jajaran sepanjang 142 kilometer itu, yang akan menghubungkan Jakarta dengan salah satu bandar terbesar negara itu, Bandung, dianugerahkan kepada KCIC pada 2015, namun berdepan beberapa isu termasuk pembinaan tertangguh disebabkan pandemik.
Projek itu dijangka siap pada Jun 2023. – REUTERS