MalaysiaPilihan EditorTwo Cents

RAKYAT SABAH MEMILIH: UMNO-BN Sabah “On” Untuk Kemenangan Besar, Krisis Bung-Rahman Sifar – Pemerhati Politik

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Mode “On” untuk kemenangan besar mula menampakkan gelombang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah !

Antara mode “On” yang disepakati ialah kedamaian dan kesepakatan antara Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Yang mendamaikan untuk mode “‘On” pastinya Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berada dua hari gerak kerja kesiapsiagaan BN Sabah menjelang PRN negeri.

Pemerhati politik menyifatkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mempunyai aura yang kuat dalam soal kepimpinan dan menguatkan perpaduan dalam kalangan kepartian.

Seperti mana yang disuarakan dalam entri baharu beliau di Twitter rasminya, meraikan perbezaan pendapat dan  saling memaafkan, perlukan seseorang yang berjiwa besar dan  sentiasa berlapang dada.

“(DS) Bung Mokhtar dan  (D)S Rahman Dahlan merupakan contoh terbaik,” kata Pengerusi BN lagi.

Pemerhati politik menyifatkan Ahmad Zahid sebagai “Bapa Penyatuan Nasional” berdasarkan personaliti dan kepimpinan yang berjiwa besar serta sentiasa berlapang dada adalah prinsip yang dipeganginya sejak tsunami UMNO-BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Malahan kekuatan penyatuan Ahmad Zahid dalam kerjasama parti politik diterjemahkan dalam Muafakat Nasional (MN) serta percaturan politik yang luar biasa yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Karakter seorang Ketua Panglima yang mendamaikan adalah ciri-ciri utama dalam menerajui satu peperangan yang besar bermatlamatkan untuk kemenangan majoriti bagi menubuhkan satu kerajaan baharu di Sabah.

Semasa berada di Sabah, pemerhati politik juga menyifatkan ketegasan Ahmad Zahid yang menyatakan UMNO tidak lupa segala sumbangan akar umbi yang memberi sokongan padu dan menyumbangkan masa serta tenaga kepada parti, adalah suatu perkara di mana bumi itu dipijak, di situ langit dijunjung.

Memang benar suara akar umbi adalah suara keramat kerana mereka yang menyuarakan pandangan ikhlas dan kerja kuat menentukan kemenangan UMNO, itu kata-kata Pengerusi BN.
Untuk itu, pemimpin semua peringkat harus mengetepikan perbalahan dan dengar pandangan akar umbi untuk sentiasa bermuafakat.
“Kita bukannya tidak kuat tetapi tak bermuafakat menyebabkan lawan ambil kesempatan,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Selari dengan perkembangan politik mutakhir ini, pertembungan Bung dan Rahman sudah dianggap selesai !

Itu kata-kata beberapa pemimpin BN Sabah yang melihat akan perkembangan mutakhir ini.

Menurut seorang lagi pemimpin kanan BN di Sabah yang turut berada menyaksikan penyelesaian dan kesepakatan Bung dan Rahman turut menyifatkan ialah adalah satu langkah yang sangat pro-aktif bagi memudahkan kerja semasa PRN kelak.

“Inilah masa untuk kita (BN) bersatu padu untuk kemenangan,” katanya lagi.

Terdahulu Bung Moktar pernah mengakui masalah dalaman itu sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan UMNO menghadapi PRN, namun ia boleh ditangani secara baik.

Bung Moktar yang dilantik bagi memegang jawatan berkenaan oleh Ahmad Zahid, baru-baru ini turut menjelaskan tidak terkesan dengan tindakan Abdul Rahman itu.

“Kita hormati kepelbagaian pendapat, ‘no hard feeling’. Apa yang lebih penting ialah persediaan untuk menghadapi PRN.

“Masalah ini tidak dinafikan menjejaskan kita tapi kita akan baiki, buat tinjauan dan InsyaAllah ia tidak buat gangguan besar terhadap kempen kita,” kata Bung Mohtar.

Sebelum ini, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga mengadakan sidang media bersama 12 pemimpin UMNO negeri bagi menyatakan bantahan terhadap pelantikan Bung Moktar yang disifatkan sebagai tidak sesuai kerana beliau masih berdepan kes mahkamah. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close