Malaysia

Sarawak Bakal Ambil Alih MASWings Bulan Depan

Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak tersebut bertujuan mempromosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata rundingan masih dijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak.

Menurut Loke, rundingan juga sedang dilakukan dengan MAG dan Khazanah Nasional Bhd berhubung pembelian saham dalam MASwings. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close