Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
BEBAS lakukan siasatan !
BEBAS jalankan siasatan salah laku !
Itulah ketegasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang jelas menegaskan agensi itu bebas dan tidak terikat dalam menjalankan siasatan kes rasuah dan salah laku.
Dalam bidang penguatkuasaan, tegasnya, SPRM dijaga dan diteliti oleh lima badan pemantau yang bertanggungjawab menasihati perjalanan agensi penguatkuasaan itu.
“Untuk menyatakan SPRM tidak bebas dan terikat adalah tidak benar kerana kita boleh menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, tertakluk dalam bidang kuasa kami.
“Kita mempunyai lima badan pemantau yang sentiasa menasihati perjalanan aktiviti SPRM, lebih banyak berbanding di peringkat global kerana kita ada Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Media SPRM di sini.