Dimensi BisnesPilihan Editor

Terima Kasih Grab Kata Ahli Parlimen Bagan Datuk, Antara Syarikat Perkhidmatan e-Hailing Tampil Bantu Keluh Kesah Rakyat & Rakan Kerjanya

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Agak menarik dalam tempoh 24 jam ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keluh kesah pemandu e-hailing yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi akaunnya !

Dalam entri FB rasminya, beliau yang juga Presiden UMNO turut menceritakan kes covid-19 pertama negara dilaporkan berlaku pada 23 Januari 2020 sekaligus menyaksikan lebih 800,000 individu hilang pekerjaan pada Mei 2020.

Ketika negara berhadapan dengan masalah jumlah pengangguran yang semakin tinggi, syarikat e-hailing membantu menyediakan peluang pekerjaan dan tindakan itu sangat wajar dipuji.

“Namun, saya menerima keluhan pemandu yang mendakwa ketika PKP 1.0 dilaksanakan 18 Mac 2020 dan PKPB pada 14 Oktober 2020, jumlah penumpang amat berkurangan.

“Pemandu beritahu ada kalanya mereka bekerja 15 jam sehari bermula 7 pagi hingga 10 malam, namun meraih pendapatan kasar hanya RM70 sehari, belum ditolak potongan komisen, petrol dan makanan.

“Situasi ini berlaku akibat ketiadaan penumpang yang disebabkan pergerakan terbatas.

“Pada 13 Januari lalu, PKP 2.0 sekali lagi dilaksanakan dan dilema sama dihadapi pemandu yang kekurangan pendapatan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam entri FBnya.

Kata Ahmad Zahid, oleh itu kerajaan diharapkan peka dan prihatin dengan situasi ini.

“Sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan ditanggung pemandu e-hailing termasuk sektor-sektor lain yang terjejas.

“Kita sedia maklum, bagi PKP kali ini tiada bantuan dan moratarium dilaksanakan sedangkan komitmen bulanan isi rumah berjalan seperti sediakala. Pelaksanaan PKP 2.0 sememangnyà memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak terkecuali kira-kira 100,000 pemandu e-hailing di seluruh negara turut terjejas,” katanya lagi.

Selepas beberapa jam posting pertama berkaitan isu pemandu e-hailing disuarakan dalam FB yang mempunyai hampir 1.7 juta pengikut FB pada petang Sabtu (16 Januari 2021), Pengerusi BN ini telah menaikkan satu entri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Grab kerana mengurangkan komisen siling sehingga 5% kepada peniaga.

Kata dalam entri itu, ternyata bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka ketika PKP 2.0 sepanjang 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

https://www.grab.com/…/grab-mengurangkan-komisen-untuk…

“Semoga syarikat Grab terus maju jaya dalam perniagaan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

“Saya harapkan pertimbangan dapat dibuat syarikat bagi membantu kira-kira 100,000 pemandu di seluruh negara,” ujar  Ahmad Zahid.

Untuk makluman, Grab antara syarikat e-hailing yang sentiasa peka dan mengambil berat kepada setiap pemegang taruhnya.

https://www.grab.com/my/grabbenefits-di-dalam-aplikasi-pemandu/

Antara ganjaran dan faedah yang diberikan;

Dapatkan manfaat eksklusif apabila anda mencapai peringkat platinum

Peringkat platinum kini lebih berbaloi! Apabila anda mencapai peringkat platinum, anda bakal menerima ganjaran-ganjaran berikut pada Aplikasi Penumpang Grab:

Bukan itu sahaja, banyak lagi ganjaran menanti anda:

  • Diskaun percutian, perkhidmatan, gaya hidup dan hiburan di GrabRewards
  • Perlindungan Personal Accident Plus* sehingga RM50,000 dengan GrabInsure
  • Keutamaan Panggilan Khidmat Pelanggan (BARU!)

Ganjaran-ganjaran ini akan tersedia di aplikasi penumpang anda secara automatik sekiranya nombor telefon anda yang berdaftar untuk Aplikasi Penumpang Grab dan Aplikasi Pemandu Grab adalah sama.


Ganjaran Peringkat Platinum

Menjadi rakan-pemandu peringkat Platinum hari ini untuk menikmati manfaat dan ganjaran eksklusif!


Ganjaran eksklusif di GrabBenefits

Nikmati lebih banyak ganjaran di dalam aplikasi pemandu!

Rebat Petrol

Nikmati rebat petrol sehingga RM35 dan dapatkan mata ganjaran Mesra bonus dengan menyertai Program Grab Mesra Fuel Savers. Maklumat lanjut di sini.

Mata Ganjaran Tambahan

Daftarkan sehingga 6x mata ganjaran Bonuslink tambahan untuk setiap pembelian petrol di stesen Shell seluruh negara dengan Grab Fuel Bonus bersama Shell. Tekan sini untuk info lanjut.

Sumbangan Zakat

Kami telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menjadikan sumbangan zakat lebih mudah untuk rakan-pemandu Muslim! Tekan sini untuk info lanjut.

Insuran

Dengan Program Personal Accident Plus Insurance (PA+), anda boleh melindungi anda sekeluarga dan/atau diri sendiri untuk kemalangan dengan harga serendah RM5.50 sebulan. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

Kit Prihatin Grab

Pelancaran GrabProtect akan dilakukan secara berperingkat mulai 10 Jun 2020. Nantikan maklumat selanjutnya pada masa terdekat!

Driver Pit Stop

Kunjungi Grab Driver Pit Stop untuk berehat dan dapatkan minuman percuma – cara mudah bagi kami untuk mengatakan “Terima Kasih” kepada masa yang anda meluangkan di jalan raya. Tekan sini untuk info lanjut.

Subsidi Tempat Letak Kereta

Nikmati subsidi bayaran tempat letak kereta di Medan Selera Mitsui Outlet Park Sepang (Lembah Klang sahaja). Maklumat lanjut di sini.

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close