Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Jika kita kuat, rakyat hormat !
Jika kita kuat, rakyat sokong !
Kalau mahu kuat, kerana pimpinan dan ahli UMNO sendiri !
“Oleh itu, kitalah yang bertanggungjawab membina kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam entri Facebook rasminya.
Seiring dengan laungan itu, beliau menegaskan rakyat akan menghormati dan menyokong UMNO, jika kita kuat.
“Namun untuk membolehkan UMNO punyai kekuatan ianya bergantung kepada pimpinan dan ahli UMNO sendiri.“Oleh itu kitalah yang bertanggungjawab membina kekuatan UMNO BARISAN NASIONAL,” katanya lagi.
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 telah memberikan pengalaman dan pengajaran yang besar kepada UMNO dan komponen parti dalam BN.
“Kita mesti ambil iktibar dari semuanya dan jangan kita ulangi lagi kesilapan kita.
“Kita mesti letakkan parti kita pada kedudukan yang kukuh dalam PRU15 nanti,” menurut Shamsul Anuar.
Justeru, beliau mengajak ahli UMNO dan BN untuk bersedia dan memperkukuhkan kekuatan.
“Jaga perpaduan sesama kita.“Kukuhkan kekuatan sehingga ke akar umbi.“Pastikan UMNO BN dihati rakyat.
“Percaya lah jika kita bersama rakyat, rakyat akan menyokong kita,” kata semangat Shamsul Anuar. – BACALAHMALAYSIA.MY