MalaysiaPilihan Editor

UMNO Membentuk Ruh Perjuangan Kemerdekaan 63 Tahun – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Merdeka, merdeka, merdeka !

Laungan keramat 63 tahun lalu terus subur di hati setiap rakyat Malaysia.

“Dengan rasa rendah diri dan bersyukur, saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63 bertemakan Malaysia Prihatin, tanggal 31 Ogos” menurut ucapan ikhlas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau juga menyifatkan tema kemerdekaan kali ini menampakkan berjiwa besar dan menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak Covid-19 serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata, UMNO tidak terkecuali dalam hal ini kerana sebahagian perjuangan 74 tahun adalah untuk perjuangan kemerdekaan negara.

 

Sehubungan itu,  menurut beliau, setiap nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni perlu dipupuk dan seandainya dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Setiap rakyat terutama generasi muda perlu menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme normal yang baharu. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close