MalaysiaPilihan Editor

WANITA UMNO & BN Pulau Pinang Bidas Sikap Tidak Profesional Seorang Pengetua Yang Memperlekehkan Isu Gurauan Seks Terhadap Pelajarnya

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Wanita UMNO Pulau Pinang dan Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membidas sekeras-kerasnya tindakan dan tingkahlaku seorang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang memperlekehkan seorang pelajarnya yang mendedahkan gurauan seks dalam pembelajaran dan diugut dengan ancaman dirogol.

Ketua wanitanya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, tingkahlaku dan tindakan pengetua sekolah berkenaan dalam komen hantaran yang dimuatnaik Facebook yang dikatakan konon miliknya memang tidak melambangkan keintelektualan pengetua terbabit.

Malahan Wanita UMNO Pulau Pinang dan Wanita BN Pulau Pinang berasa hairan di sebalik melindungi dan bertanggungjawab ke atas pelajar tersebut, pengetua terbabit ini pula dikatakan bertindak mahu menggantung persekolahan pelajarnya itu.

Dalam hal ini, Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia juga menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah bertindak tegas dengan mengambil tindakan displin yang sewajarnya terhadap kelakuan yang tidak profesional daripada pengetua berkenaan selain guru yang yang terlibat dalam gurauan seksual itu.

“Kami juga menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menyelesaikan siasatan dengan kadar segera dalam isu gurauan seksual dan ancaman dirogol ini serta memastikan pelajar terbabit mendapat pembelaan sewajarnya termasuk tidak digantung atau dibuang dari sekolah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wanita UMNO Pulau Pinang dan Wanita BN Pulau Pinang berharap Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengeluarkan satu pemakluman yang rasmi dalam siasatan ini sebagai satu mesej jelas bahawa sebarang tingkahlaku yang memperlekehkan martabat wanita tidak wajar diterima langsung dalam sistem pendidikan negara.

Sehubungan itu, Wanita UMNO Pulau Pinang dan Wanita BN Pulau Pinang berdiri teguh bersama pelajar terbabit dalam mendepani isu ini malahan kami bersedia menawarkan khidmat peguam sekiranya perlu dalam mempertahankan hak mangsa sebagai seorang pelajar dan wanita. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close